Moderate Network
Home | Products | Opportunity | Company | Member | Manager | Info | Blog
Profile | Mission & Vision | AJL | Membership | Contact us

Company Profile

Moderate Network Sdn. Bhd. adalah sebuah syarikat Pemasaran Berbilang Peringkat (MLM) yang berdaftar dengan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna dengan nombor pendaftaran AJL 931564. Moderate Network dimiliki 100% ekuiti oleh usahawan bumiputra yang mempunyai pengalaman luas dalam bidang pengurusan dan perniagaan MLM.

Kombinasi pengurusan yang mantap dan pengalaman luas dalam industri Pemasaran Berbilang Peringkat (MLM), koporat, pembangunan perniagaan dan Latihan akan menjadikan Moderate Network Sdn Bhd sebuah empayar perniagaan yang utuh dan kukuh serta mampu menguasai era globalisasi.

Di atas alasan inilah Moderate sudah bersedia dengan satu sistem yang mengabungkan perniagaan e-dagang tanpa sempadan yang membolehkan ia dikembangkan kepasaran global.

Moderate juga menyediakan Pelan Perniagaan yang amat mudah dan praktikal. Sesiapa sahaja yang tidak berpengalaman atau berpengalaman dalam dunia perniagaan boleh mengecapi segala IMPIAN dan KEJAYAAN dalam masa yang singkat.Konsep rangkaian produk Moderate yang berkualiti dan bemutu tinggi dapat membantu ke arah Kesihatan dan Kesejasteraan.

Apa yang paling penting perniagaan ini sudah pasti akan menjadi satu wadah untuk membangunkan ekonomi ummah dan mendapat keberkatan dan keredhaan Tuhan. Untuk merialisasikan Impian ini Moderate telah merangka satu sistem latihan yang bersistematik dan professional kepada semua rakan niaga.

Semoga sokongan dari semua rakan niaga, Moderate Network Sdn Bhd akan berjaya membina kecemerlangan dan dapat mencipta satu budaya baru dalam masyarakat Malaysia khususnya bumiputra iaitu ; “Budaya Mencipta Kekayaan” , Insyallah akan lahir para usahawan yang hebat serta mempunyai nilai peribadi yang tinggi dan murni.


©2008 Moderate Network S/B